MIG dengan tokey besarnya David Teoh got something 'Gold' here with the franchise of Adnan Sempit. First Adnan Sempit pada Jan 2010 merupakan 'sleeper hit', entah dari mana meletup tiba-tiba di pawagam ketika itu. Ahmad Idham yang bertanggungjawab atas fenomena ini. Adnan Sempit memang akan sentiasa menjadi character sejarah dalam industri filem kita setaraf dengan Mat Bond, Kassim Selamat, Labu & Labi. Kalau di Hollywood, memang filem macam ni terus je ada sequel (or Trilogy). So bagus MIG ikut cara Hollywood. Untuk filem kedua ini ianya terah diarahkan oleh pengarah berbeza iaitu Ismail Bob Hashim.
Jalan cerita movie ini senang saja (komedi, memang la senang.. target market dia untuk orang hilangkan pening, bukan kasi lagi pening). Adnan dan chikaronya Nadia dah jadi loving couple. So the next step, sure la nak kawin kan? Tapi before nak kawin bapak Nadia nak Adnan 'transform' jadi orang business man dalam masa 30 hari dan mak Nadia nak dia jadi surirumah yang baik juga dalam tempoh 30 hari. Tetapi setiap plan ada udang di sebalik batu, so sebagai sub plot, bapa Nadia telah upah Fendi untuk break up Nadia & Adnan. Selain tu, ada juga sub plot cinta & persaingan 3 segi antara member Adnan; Bobby / Wawa / Ismat.
Mula-mula mari aku cerita kehebatan filem ni. 2 perkataan "Shaheizy Sam". Memang bakat dia ni dasyat la. Cara dia berlawak pada aku memang class dan tak terikut typical comedian di Malaysia. Kadang-kadang aku rasa pelakon komedi di Malaysia terlampau nak tunjuk sangat imej lawak tu, sampai every pergerakkan dan lawak mereka dah jadi a bit (sikit la) predictable. Tapi with Sam, kita tak boleh telah apa benda lawak yang nak keluar dari dia. Dia boleh maintain muka serius dia dan tiba-tiba keluar lawak yang korang tak sangka. Sam ni macam pelakon Hollywood ala Ryan Renolds or James Franco yang boleh berlakon serius, lawak dan jadi orang jahat dalam movie.
Honestly, I cuma gelak sekali je sepanjang movie ni (Scene Fandi (Syuk Balas) cucuk cucuk dada Adnan). Scene filem ni memang lawak, tapi tak cukup nak gelak aku (Aku memang minat lawak lain sikit). Dalam panggung, memang tak berhenti henti orang gelak sepanjang movie! Yang penting respond penonton, dan filem ni memang betul betul dapat respond yang hebat pada penonton.
Yang tak bagus sangat movie ini ialah pertama pelakon wanita dia. Intan dan Yana macam 'mencuba terlampau bersungguh-sungguh untuk jadikan mereka lawak'. Setiap gerak macam berlebih, setiap cakap macam berlebih dan setiap lawak macam tak begitu natural. Tapi still, both are nice to look at, lebih-lebih lagi Intan Ladyana yang aku rasa memang lawa dalam movie ni. Satu lagi kelemahan ialah watak orang jahat yang lemah dan tak 'believeable' untuk lawan Sam. Come on, you expect me untuk percaya yang mamat bawah ni boleh kasi threat kat Adnan?
This movie will get a lots of money in the box office. I hope kalau diaorang nak buat Adnan Sempit 3 (which they are discussing now) they should shake up the story, give it more crazy plot i.e Adnan selamatkan Perdana Menteri ke, and give star equal bad man (Zizan, Nabil, Afdin can sure do a good job! Boleh bayar mah, 1st filem je sudah 7 juta) Go to the cinema (jangan tunggu Astro First) watch Adnan Sempit 2.