I just love watching movie. I also love talking about it. If you love to read it, then I love you.
If you are not sure which movie to watch, hey maybe my review can help :)
Selepas Edward Scissorhands (1990), Ed Wood (1994), Sleepy Hollow (1999), Charlie and the Chocolate Factory (2005), Corpse Bride (2005), Sweeney Todd (2007), Alice in Wonderland (2010) Johnny Depp sekali lagi bergabung dengan Tim Burton dalam filem terbaru mereka Dark Shadows.
Cerita Tim Burton memang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi. Cerita paling best dari Burton for me was Big Fish, dan kalau cerita Burton dengan Depp I like Sleepy Hollow the best. Untuk cerita ini memang mengecewakan, sebab permulaan cerita gempak dan promising, tapi jalan cerita dia tak kuat langsung (taraf cerekarama je jalan cerita dia), tapi lakonan pelakon-pelakon filem ni telah menyelamatkan movie Dark Shadows. Scrip pun best contoh : "Are you stoned?". "They tried stoning me," "It did not work."
(Korang boleh google jalan cerita movie ni, sebab aku malas nak cut and paste)
Mr. Depp, walaupun dah berapa puluh kali dia berlakon pakai mekap dan bawa character yang pelik-pelik, still boleh mesmerized korang dengan watak Barnabas Collins yang begitu gentlemen dan bersopan santun cara percakapannya, jangankan perempuan yang dengar cair, lelaki yang dengar pun sure terpegun (memang patut la, watak vampire patut jadi mesmerizing..). Aku juga tengok cerita ni sebab minat dengan Chloe Mortez (Kick Ass, Let Me In), suka tengok muka dia yang unik. Eva Green pulak berlakon jadi witch jahat yang seksi, dia 'claim' jatuh cinta pada Barnabas, tapi Barnabas cakap dia bukan jatuh cinta, tapi dia nak Barnabas cintakan dia.. hmmm different tu.. Apa pun Eva is gorgeous (but I lagi suka bila rambut dia hitam... tengok gambar bawah.. kan? kan?)
Dark Shadows ni diambil dari cerita lama tahun 1963, tapi sebab Tim Burton power, aku harap dia boleh bagi cerita ni lagi power. Tetapi amat mengecewakan, dia hanya pertaruhkan bakat-bakat lakonan (terutama Depp) untuk filem ni. Maybe lain kali ambik la orang lain pulak (maybe Joseph Gordon Levitt). Walau macam mana pun, duit RM14 memang tetap berbaloi untuk tengok bakat Depp yang payah nak cari kat Malaysia ni..
Bila biasanya habis tengok movie, member mesti tanya, "Best tak filem tu?" So, aku rasa siapa yang baca blog ni nak tahu jawapan untuk soalan yang sama je.
Dan kalau korang dah pernah tengok review Mantera di web lain, memang banyak review yang telah memberi komen yang 'sejuk' untuk filem ini. So, secara jujurnya aku kenalah review movie ni dengan ikhlas.
Kadang-kadang kita mungkin tertanya, 'susah sangat ke nak buat movie?' Kalau kita penonton boleh tengok dan tahu movie tu best ke tak, jalan cerita tu mengarut ke tak, script tu teruk ke tak, lakonan tu kaku ke tak, mestilah orang yang buat movie (or dalam industri movie) akan nampak jugak kan? Well, maybe yes or maybe no. Dulu masa kecik-kecik kita mesti buat karangan kat sekolah kan? Selalunya karangan kita tu kita rasa bagus, menarik dan baik. Tapi bila orang lain baca, barulah kita tahu karangan tu tak seberapa.. so aku rumuskan orang buat movie kat Malaysia pun mungkin macam tu la (Takkan orang buat movie sengaja nak buat cerita tak bagus kan?)
Teknologi dan idea Mantera boleh dipuji tetapi Mantera masih 'terperangkap' dengan rookie mistake pembikin filem baru iaitu scene cliche (Jumpa awek dengan tolong angkat buku jatuh, hero kena buli sebab miskin, awek cepat marah kat hero even baru first time buat salah, dating tepi pantai, flashback 'suara-suara' dalam kepala - yg ni filem hollywood dah payah gila nak jumpa buat), jalan cerita yang kurang penjelasan dan watak watak yang tak dikembangkan untuk penonton rasakan emosi (simpati, sedih, bersemangat). Tapi kita kena tabik Mantera untuk choreography CGI nya. nak buat robot CGI dah satu hal, tapi nak atur fight robot-robot tu kasi menarik- movement dia, lompatan dia dan shot-shot angle camera dia still perlukan creativity yang tinggi. Ini pada aku, Mantera dah lakukan dengan baik.
Lakonan pelakon baru Tomok & Shikin Kamal memang biasa je. tapi scrip dan mainan emosi untuk filem ni memang tak banyak dan pelakon tak boleh sangat kembangkan bakat mereka. Tetapi future untuk Tomok & Shikin Kamal memang ada and I already quite excited tengok trailer filem baru Tomok "Istanbul Aku Datang". Aku terhibur gila dengan Taj Addin.. Memang muka selamba, script gila, dan intonasi suara yang lepak.. (Tabik la Mejar!)
Tak ramai orang yang sanggup belanja berjuta ringgit di Malaysia untuk beri sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh memberi variasi dalam industry. Modal Mantera mungkin boleh buat 1 filem hantu, 1 filem gangster, 1 filem lawak dan 1 filem cinta - tetapi 4 filem tersebut dah berlambak setiap tahun di Malaysia. Untuk dapat satu filem macam Mantera memang 'once in the blue moon'. Jadi kalau anda boleh tonton 4 filem-filem genre yang saya tulis di atas, tak kan lah anda tak boleh luangkan masa anda untuk tonton fileh yang hanya akan datang sekali sekala macam Mantera ni? Sokonglah filem Malaysia!
Im so sorry coz, I've tinggal this blog for more than a month.. But I'm back!
For my first posting after my long absence is to promote a local movie titled Mantera.
Here are the storyline..
Sam
Weston, the owner of Weston Technologies is furious over the security
breach in his Research Lab. The prototype of his latest weapon system
“Mantera” or MAN - Transformable Exo-Robotic Armour was sabotaged and
destroyed. Invaluable research data was stolen and deleted from the
company’s mainframe. His main scientist who is leading the research
team, Dr. Natasya was missing. The buyer for the new technology is
pressuring Sam to deliver the prototype or the deal is off. To make
matter worse, the wreckage and debris from the destroyed “Mantera” was
accidentally shipped to the other side of the world.... to a young man
by the name of Azman, in Malaysia. Who is Azman, and what makes him the
chosen one? Everything will be revealed in 'MANTERA'.
This is a really good Malaysian movie. Really really good. Cinematic ally beautiful. Memang lah movie ni tak sempurna, tapi ceritanya bagus, pelakonnya mantap dan scenenya sangat cantik. Aku akan review movie ni dengan menampal (cut & paste) official sinopsis dia berselang selikan pandangan aku.
Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘(nama glamor untuk lawan tomoi) atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa (winners take all, kalau kalah kena mati).
Sahabat Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur.
Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Bakar mahukan tanah pusaka di tepi pantai dan berusaha memujuk ayahnya untuk memberi dia tanah itu. Walaupun anak-anak yang lain tidak mahukan tanah itu, ayah Bakar berat untuk melepaskannya kerana tanah itu mempunyai sejarah silam keluarga mereka. Apakah rahsia yang bakal di ungkai oleh 3 beradik ini dalam Bunohan?
Pemilihan pelakon dalam filem ini memang superb. 3 pelakon utama diberikan screen time yang cukup setara dan mereka semua mempamirkan lakonan yang mantap. Susah untuk kita memilih antara Faizal, Pekin dan Zahiril kerana semuanya hebat. Tetapi untuk barisan pelakon pembantu persembahan mereka pun sama hebatnya dengan pelakon utama (cuma mereka kuran sceen time la..). Bront, Wan Hanafi, Sofi, NamRon dan my favorite Hushairy Hussin (kasi la dia jadi pelakon pembantu terbaik anugerah seri angkasa, layak gila) memang menghidupkan cerita ini.
Pengarah Dain memang kreatif. Cara pembukaan filem ini dimana dia memperkenalkan pelakon memang sangat unik. Shot-shot permandangan yang diambil sangat cantik. Nama-nama watak sungguh menarik (gelaran Bunga Lalang, Jolok dan Awang Sonar memang terbaik la..). Zahiril punya dedication untuk menampakkan dia sebagai seorang 'perwira' tomoi memang aku tabik. Dari bentuk badan hingga renungan mata dia yang memang 'hungry' nak pukul orang, dia telah memberi lakonan yang baik. Memang korang akan percaya yang dia ni jaguh tomoi!
Paling aku suka ialah di mana watak Faizal Hussein seorang pembunuh brutal (ye lah.. guna badik tu.. ngeri nak mampus) di olah baik sekali.. Persamaan jiwa dengan adiknya (seorang ganas membunuh, seorang ganas memukul) dan sejarah hidup yang sama (dua dua rebel, keluar dari rumah bila meningkat dewasa) amat menarik untuk di tonton.
Paling menarik ialah bila watak Faizal yang membunuh banyak orang, melakukan perkara mulia dengan mengembalikan dan menyempurnakan kembali kubur-kubur orang kampung dan rela mengorbankan nyawa sendiri untuk adiknya (seolah olah jalan mencari taubat terakhir atas dosa-dosa nya yang lalu). Dan ironi dia mati di dalam air seolah menggambarkan kesucian pengorbanan dan jasa jasa terakhir watak ini.
Kelemahan utama filem ini ialah campuran kisah donggeng lama yang mungkin boleh mengelirukan penonton. Saya tahu istilah "main puteri" ada digunakan dalam filem ini. Main puteri adalah lebih kurang upacara menurun la. Dan terdapat juga reference pada buaya yang aku anggap macam orang-orang zaman dulu yang memang ada puja semangat buaya untuk protect mereka. So, watak wanita (Tg Azura gambar kat atas tu) dalam movie ni kiranya macam buaya jadian la.. Lebih-lebih lagi di setting Bunohan yang dikelilingi sungai. Ada berberapa cerita yang tidak kemas dan kurang believability; contoh kawan Bunga Lalang yang bersungguh menyelamatkan nyawa dia di mula cerita, dengan mudah menjadi lawan dia di akhir cerita. Mungkin jika di tunjukkan Bunga Lalang bergaduh tahap maut dengan kawan dia kerana tak setuju kawan dia selamatkan dia, adalah sikit believability untuk scene akhir tu..
Apapun cerita ini banyak bagusnya dari kelemahan. Memang kelas yang tersendiri untuk filem melayu. Hopefully boleh hantar untuk calon Oscar (Foreign Film). Tak sure how it will fare at the box office, maybe not too good la. Hopefully, Im wrong on this.. hopefully at least they will get back modal buat movie yang bagus gila ni (around 2 mill). So tunggu apa lagi??? Please watch this movie!! Please!
Movie ini akan officially keluar 8 March, tapi sebab ada sneak peek aku pun layan la. Apa-apa pun movie ni dari buku Dr. Seuss dan was released on March 2, 2012 di USA, sama tarikh what would have been the 108th birthday of Seuss, who died at age 87 in the year 1991. Suara utama dalam animation ni adalah dari Danny Devito, Zach Efron, Taylor Swift & Ed Helms.
Ni summary movie ni dari internet:
The Lorax is a story about the tree loving Lorax and the greedy Onceler. When the Onceler shows up, he notices a forest of truffula trees. He realizes that these natural resources could be profitable by making "THNEEDS" out of them. A thneed is a fine something that all people need. The Onceler, in his greedy state, encounters the Lorax. The Lorax "speaks for the trees because the trees have no tongues". He protests the He called his family one by one and then all of them came and started to help him. They started whacking down trees to make Thneeds, something that everyone needs. These "things" started to sell at an amazing pace and the Onceler was making so much money. Pretty soon, something very terrible happened. In his quest for money he polluted the air, polluted the water, and deforested all the "special trees" from the land. This, in turn drove away the animals that had lived in the area. They had relied on the trees for food and shelter. After the very last truffula tree was chopped, his family left him with no trees and no more money. When The Lorax drifted away from the polluted mess he left a pile of rocks where he stood, with one word ...''Unless''.
Pada aku, filem ni mula-mulanya agak slow sikit.. Mungkin sebab lagu dia (filem animation budak-budak, kena ada lagu) tak begitu menangkap sangat. Agak bosan untuk aku masa start dia. Tapi bila dia dah masuk flashback sceen yang nak cerita tentang Lorax, baru la movie ni (pada aku) makin best. Banyak watak-watak sampingan yang buat benda-benda 'bodoh tapi cute' yang boleh menghiburkan korang. Antaranya adalah watak-watak dalam gambar di bawah ini:
Ikan 3 ekor ni kerja dia 'humming' lagu dan background music
Beruang beruang ni pun lawak, perasan tak seekor je yang gemuk.. lain semua kecik
Message movie ni bagus, iaitu jagalah alam sekitar.. tapi aku rasa macam dia terlalu bergerak cepat dan gambar-gambar dia terlalu 'meriah' sampai kadang-kadang rasa semak pulak. Budget filem ni USD 70 juta, so memang effect dia dasyat la, lebih lebih lagi kalau layan dalam 3D. Suara-suara dalam movie ni pun semuanya OK, tapi aku rasa patut pakai orang lain untuk suara Lorax.. Danny DeVito punya suara menampakkan Lorax tu tua sangat la.. (tapi Lorax memang tua pun la..)
Apa-apa pun, still berbaloi untuk ditonton, definitely worth the ticket money. Apa lagi, terus pegi panggung hari Khamis ni!!
The only reason aku tengok cerita ini adalah sebab ianya di produce oleh KRU. Philosophy aku tentang karya tempatan senang je, if I respect your work, you will get my money. Filem ini pada aku terlalu rely sangat kepada teknik CGI untuk menjadi daya penarik. Which is ok, dan memang kena CGI Kura-kura combine suara Zizan combine effect dia (untuk filem Malaysia la). Tetapi sayangnya semua yang lain; watak, penceritaan, script hanya ada satu kesimpulan = soulless / tiada jiwa / feel.
Tiz Zaqyah , Aeril Zafrel (nama sebenar Suhairil Suhari.. ambik kau jauh gila lari) dan Zizan Razak (suara Nico) adalah teraju utama filem ini yang mengisahkan tentang awek bernama Nani yang berusia 21 tahun bersama binatang peliharaannya, Nico. Aku tak tahu Nani ni kerja ke tak, tapi dia seorang graphic designer. Dalam movie ni dia asyik buat kerja amal dengan tolong design flayers untuk orang (pelik gile..). Nico (konon-kononnya) adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap (but actually bukan kelebihan luar biasa, dalam filem ni dia cakap semua kura-kura memang boleh bercakap, tapi tak show off je..). Jiran Nani, Adam telah jatuh hati pandang pertama dengan Nani. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Plot sampingan pulak adalah usha tokey kedai Binatang R' Us, Fizz Fairuz untuk jual Nico pada tokey makanan exotic pada harga RM 20,000 (Ni la yang aku menyapah sikit filem melayu ni, main letak je harga.. aku tengok kat http://www.turtleforum.com/forum/upload/index.php?showtopic=132610 kura-kura tak lah mahal mana.. buat la research sikit.. jangan la taruk je.. bukan susah pun 'google' je)
Kita cerita benda baik dulu la.. Filem KRU aku respect sebab basic dia bagus. Iaitu quality gambar & quality sound memang aku puas hati. Satu lagi, pemilihan lagu dan effect bunyi memang terbaik (tabik Edry kot untuk skill ni). Untuk rom-com, lagu pada aku memang penting. Pemilihan Zizan sebagai suara kura-kura memang bagus, kalau berani boleh buat mini siri untuk budak-budak jual kat TV.
Itu je yang OK nya.
Now untuk yang tak OK.. Sigh, aku minat gila KRU ni, tapi kena jujur gak la nak tulis. Filem ni memang lemah gila dari segi cerita & scrip. Lakonan pun lemah so jadi filem ni macam tak ada nyawa. Aku pun rasa macam kura-kura nak tunggu dia habis. Tiz Zaqyah memang cantik, tapi lakonan dia tak ada apa (macam budak perempuan sekolah menengah bercinta). Ada satu scene dia tanya status perhubungan dengan Aeril, bila tak dapat jawapan yang dia nak scene tu tak buat aku rasa simpati pun kat dia.
Si Aeril Zafrel memanglah lagi teruk lakonannya (tapi still watchable la.. I've seen pelakon lagi teruk), tapi memandangkan dia baru so "aku... maafkan, kamu...". Cuma sometimes kalau seseorang tu ada star quality, memang dia boleh light up the screen. But still banyak lagi masa Aeril Zafrel don't worry la (Zoey Deschanel masa first dalam filem The Happening pun hancur, tapi la ni aku cant get enough of her acting pulak). Pelakon pembantu lain semuanya best, kecuali Bob & Daus (again, boleh maafkan sebab dia orang baru berlakon). Harun Salim Bachik memang terbaik la.
Sayang sungguh untuk watak 2 kura-kura tambahan. Watak kura-kura "Atok" suara Shy8 memang tampa segan silu pakai gaya Usop Wilcha trademark Hantu Kak Limah. Mana lah originality nya kat sini? Dah banyak kali dah aku dengan suara Usop Wilcha tu, kat Hot FM pagi pagi pun ada, buat la suara lain pulak.. udah-udah le.. Suara seekor lagi kura-kura ialah suara Fara Fauzana. Lagi la aku tak faham. Dia pakai slang Kelantan. Dah la pada aku tak natural, lawak tu jauh la sekali. Apasal tak ambik orang kelantan betul? Basic untuk animation, suara dibelakang tabir biasanya orang ambik actor/actress yang boleh tambah scrip sendiri (Aku rasa Zizan tu sure tambah sendiri nak kasi hidup), so patut ambik the likes of Sarimah Ibrahim maybe.
Tersiksa jugak batin tengok cerita ni. Harapnya pulanglah modal buat movie ni KRU ye.. Tapi korang semua jangan ambik bulat-bulat la apa aku cakap.. Pergi tengok sendiri dan judge sendiri la.. Tapi pada aku, dokumentari Yusri & Lisa Surihani lagi menarik untuk ditonton compare to this movie.
Untuk sekian kalinya saya dibenarkan oleh En Syaful untuk memberi review di dalam blog beliau. Oleh kerana saya baru saja menonton filem Azura 2012, jadi biar saya mulakannya sekarang. Sebenarnya filem ini merupakan filem yang saya ingin menontonnya di dalam panggung wayang tetapi disebabkan kekangan masa maka hajat tidak kesampaian. Jadi saya pikir tunggu saja di Astro First. Namun apabila iklan disiarkan, jari tangan masih malas menekan punat remote control untuk melanggannya. Tiba2 pada Selasa lepas setelah melihat seseoarang kenalan telah share link to youtube Azura 2012 Full Movie maka hati berkata lebih baik memilih untuk menonton di Youtube sahaja.
Oleh yang demikian, malam tadi selepas menonton rancangan American Idol saya mula menonton filem Azura 2012. Pada permulaanya filem ini, semasa memperkenalkan nama-nama pelakon filem tersebut, Neelofa menjadi model untuk berjalan-jalan memperkenalkannya ataupun sebagai intro filem tersebut. Bagi saya, Neelofa tidak begitu selesa semasa memperkenalkannya kerana beliau memakai skirt pendek di mana perlu bergerak ke sana dan ke sini, duduk dan berdiri betul2 di depan kamera. Nampak begitu kekok dan tidak selesa. Tak tahu la kalau Neelofa selesa berpakaian begitu. Bagi saya, hilang seri dan seni untuk permulaan filem tersebut.
Untuk filem ini saya bagi 2 bintang sahaja daripada 5 bintang. Saya cuba untuk tidak membandingkan filem Azura dulu dan Azura 2012 namun disebabkan lagu yang dimainkan sama, tidak boleh tidak membandingkannya. Bagi saya filem Azura lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah lebih bagus dan cemerlang lakonannya.
Pertama sekali, bagi saya filem ini arrangementnya di buat begitu gopoh dan sangat cepat sekali untuk satu scene berubah ke satu scene yang lain. Permulaannya saja terus di lokasi permainan Paint ball di mana Azura bergaduh dengan geng Zack disebabkan bullet telah habis kerna diberikan kepada group satu lagi. Bagi saya, kalau Zack sangat-sangat mengangkat tarafnya mengatakannya beliau adalah anak Tan Sri Puteh, biarlah permainan itu adalah permainan polo ataupun golf. Setakat bergaduh oleh kerana permainan Paint Ball adalah amat tidak berbaloi.
Bagi saya filem ini sangat save sekali di sebabkan Zack bangun tidur ada dua kali. I mean, just to show anak Tan Sri mewah dan malas so di tunjukkan scene bangun tidur dua kali! Begitu juga scene Azura bersama lecturer semasa membincangkan perihal Azura pun di adakan dua kali di tempat yang sama! Kemudian, scene dalam bilik kuliah di mana Zack terus dapat masuk and stop sekejap Jaafar Onn yang tengah mengajar hanya untuk memberi bunga. Please la. Old fashion! Zaman sekarang orang buat video dan hantar je. Bunga2 ni lepas kelas pun boleh bagi. Dan kemudian, Azura juga dikatakan tidak mempunya telefon. OMG jangan la terlalu menipu penonton. Budak darjah tiga pun mempunyai handphone. Lalu setelah berkenalan dengan Zack, Azura di beri sebuah handphone dan Zack menelefon beliau semasa sedang mentelaah di dalam library. For me, this scene OK Cuma yang takde handphone tu tak boleh diterima pada zaman sekarang.
Zack dan Azura mengambil kata sepakat untuk memberi masa seminggu untuk Azura membantu Zack dalam merubah hidup Zack menjadi diri Zack sebagai orang biasa. Tetapi dalam filem ini apabila Azura menggunakan basikal sebagai kenderaan. I mean OMG please la……basikal memang sangat meluas kegunaan sekarang tetapi sebagai riadah bukan untuk ke kolej dan balik ke rumah. Itu pula bagi seorang perempuan bagi saya skuter adalah lebih sesuai. Dan mulalah episode di mana Azura mengajar Zack untuk menjadi manusia yang tidak dibayangi kemewahan. Scene ini dimulakan oleh Zack yang turut menyertai MLM anjuran syarikat di mana upline nya adalah Mak Usu Azura sendiri. Di sinilah elemen-elemen cinta dan bibit-bibit cinta tersebut terbit tetapi sangat gelojoh dan kalut. Bagi saya cinta itu mesti diterjemahkan secara perlahan-lahan, lebih emosi, pujuk rayu dan terdapat perasaan serba salah yang mengikat diri untuk membuat keputusan.
Bagi saya lakonan Erma Fatima amat cemerlang sekali. Sangat bersahaja. Kemudian scene diteruskan oleh Zack yang mana Azura mengajarnya untuk meolong seorang pakcik menyapu sampah setelah pasar malam tamat. Tidak perlulah jika ingin mengajar seseorang yang kaya demi untuk menjadikannya seorang INSAN maka babak memnyapu sampah di adakan. Lebih baik babak tersebut di tukar kepada mereka dating berdua dengan menaiki public transport atau join gotong royong bersama anak yatim.
Kemudian babak seterusnya di teruskan di rumah Zack di mana seorang Mat Salleh dating dan tinggal bersama-sama kakak tirinya. Sepanjang filem ini Mat Salleh ini tidak melontarkan sebarang dialog dan hanya menjdai bahan pelaris. Terdapat empat scene mat Salleh ini. Dan scene yang terakhir beliau menyenduk makanan ke dalam pinggan Zack dan Azura yang dating makan malam di rumah kakak tirinya setelah bekerja.For me, sungguh tak percaya hasil Aziz M Osman macam ini sekali. Sangat mengecewakan apabila cinta antara Azura dan Zack tidak di cambahkan secara kreatif. Tengok saja drama-drama cinta Korea di mana Cinta itu di cambahkan dan di nilai begitu berhati2 sekali dan sangat hebat.
Untuk babak seterusnya adalah, di mana hari-hari terakhir di minggu tersebut dating geng samseng memecahkan cermin kereta mewah Zack. Aiyoooooo please la. Elemen mewah hanya di tunjjukkan terhadap kereta mewah yang beliau ada. Dan untuk save dan ganas hanya cermin depan kereta. Hmmmm cheap sangat. Babak seterusnya adalah hari terakhir minggu tersebut di mana Zack terus datang kepada Azura untuk meluahkan perasaan dan apabila Azura menolak Zack terus berlari dan Azura mengejarnya semula lantas Zack terus melamar Azura. Tolonglah, hanya untuk menunjukkan adengan romantic Zack terus melamar Azura dengan naynyian dan disaksikan oleh rakan-rakan yang lain yang tetiba muncul? Kemudian Azura berpaling kepada rakan2 lain untuk kononnya memohon sokongan ataupun approval.
Babak lawak seterusnya di mana Azura di halau oleh Mak Usunya kerana masih berjumpa dengan Zack. Hanya kerana satu minggu dan satu saja kesalahan, Azura terus di halau. Hmmm sangat cepat dan melompat. Dan Azura keluar hanya membawa sebuah beg dan sebuah kotak untuk mengatakkan beliau membawa diari yang ditinggalkan oleh maknya. OMG! Kemudian Azura terus ke rumah kakak Zack mencari Zack namun diberi minum serbuk pelali bagi menganiaya Azura. Klise nya. Sangat zaman dulu2. Bagi orang minum yang mengandungi pelali dan suruh Mat Salleh merogol Azura dan merakamkannya. Walaupun Azura Berjaya melepaskan diri namun ntah tiba2 terus berada di hospital. I mean, jikalau tiada orang sekalipun untuk dihubungi sudah tentu kita akan menghubungi kawan2 di kolej setelah dihalau keluar. Sadis betul. Sangat mengecewakan
Saya juga berpendapat tidak perlu di bawa kembali Ogy dan Faizal Hussein ke filem ini. Biarlah apabila Azura menceritakan tentang bagaimana ibubapanya bertemu, biarlah lakonan itu di bawa oleh orang yang lebih muda seperti Sherry Merlis ataupun Eja. Sangat lawak sekali, babak di mana Zack membawa Azura ke Paris dan seterusnya ke London untuk berkahwin yang pada mulanya hanya untuk melanjutkan pelajaran. Maka berkahwinla Zack dan Azura di London atas bantuan kawan kepada neneknya walaupun di haling oleh Tan Sri Puteh. Bagi saya sangat klise bagi filem Melayu hanya untuk menunjukkan elemen romantis maka ianya perlu di lakonkan di Paris.Hmmm sungguh tidak paham. Namun ianya mengingatkan saya kepada sebuah drama lakonan Ahmad Idham dan haliza Misbun 6 atau 7 tahun lalu yang sangat cemerlang dan bekesan.
Kemudian selepas berkahwin dan setelah Tan Sri Puteh menyekat semua kewangan Zack dan Zack perlu bekerja untuk menyara keperluan beliau dan isterinya. Sekali lagi sangat lawak apabila Zack pergi interview tetapi isu menyapu sampah di nyatakan. Apa hina sangat kah pengalaman sebagai tukang sapu sampah? Begitu juga apabila Zack dan Azura terus menetap di rumah teres walaupun baru berkahwin Zack perlu mengawal kewangan mereka kerana Azura masih belajar. Zack kemudian diterima bekerja sebagai krew di Stesen Servis Esso. Di sini sekali lagi Zack yang pada mulanya menunjukkan seperti orang mempunya keyakinan tinggi namun hilang keyakinan sebgai seaorang krew apabila ternampak kawan2nya datang menegurnya. Di sini juga elemen lawak pelanggan memberi kad kredit dan menyuruh Zack mengisi penuh. Lalu ditinggalkan kunci di kereta dan Zack berjaya mengzasskan kereta beliau untuk lari daripada kawan2nya. Apa hina sangatkah kerja sebagai seoarang krew? Zaman sekarang mana ada orang tinggalkan kad kredit dan kunci di kereta dan memberi kepercayaan kepada krew untuk membuat segalanya.
Scene yang lawak seterusnya apabila prop yang di guna di rumah Zack adalah sebuah sofa dan meja makan. Di mana ada dua scene Zack hanya balik dan melepak di sofa. Cheap! Cheap! Kemudian sungguh klise di mana Azura menunggu Zack untuk pulang makan dan terus bangun daripada sofa apabila Zack masuk ke dalam rumah. Seterusnya terkeluarlah dialog duit ini hanya cukup untuk membeli seluar dalam aku. Ohhh please la dah pilih nak duduk rumah teres tetapi masih complaint duit gaji tersebut hanya cukup membeli seluar dalam. Sigh.
Kemudian scene Azura graduate dan tiada siapa daripada kenalan atau family datang untuk meraikannya. Oh please mak Usu yang memeliharanya sedari kecil pun tidak datang. Hanya Tan Sri Puteh. Tiba2 ja. Babak seterusnya Azura di paksa meninggalkan Zack maka Azura dengan tidak semena2 pergi semula ke Paris untuk bekerja walaupun ada sebuah syarikat dari Singapura menawarkan pekerjaan. Oh tidakkkk againnnnn terus membawa diri ke Paris! Satu lagi babak Zack yang mula bekerja di pejabat kakaknya tetapi Zack hanya tahu bermain Solitaire. Game ni zaman 15 tahun lalu! Please la. Then sangat menunjukkan Zack tidak sangat cerdik tetapi boleh lagi mempromosikan Zack akan ke Oxford!
Babak terakhir di mana Zack pergi semula mencari Azura di Paris. Lebih baik babak itu di buat di Langkawi sahaja kerna setakat belakon tetapi tiada kilmaks.
Di sini saya juga ingin memberi komen mengenai wardrobe yang di pakai oleh Zack amat tidak sesuai sekali sebagai anak orang kaya ternama. Labih baik di pakaikan Tshirt CK atau AX untuk lakonan ini. Begitu juga dengan Azura yang mulanya di Malaysia Nampak gadis sederhana tetapi di Paris melaram bagaikan Fashion Show. Begitu juga kemeja Tan Sri Puteh semasa babak makan di rumah. Hanya ingin menunjukkan itu Tan Sri so pakaila rantai. Saya rasa Syamsul Yusof sangat pandai bergaya jika Aziz M Osman hendak mencari idea wardrobe bagi Zack. Begitu juga, lakonan Neelofa dan Shahjazle masih jauh lagi. Perlu lagi bimbingan dan latihan. Masih belum matang. Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah membawa filem Azura yang dulu dengan cemerlang sekali. Watak Azura yang baru lebih baik diberikan kepada Fasha Sandha, Nora Danish ataupun Lisa Surihani.
Sekian saja. Sangat tidak berbaloi jika di beli di Astro First. Semasa tanyangan Ombak Rindu di curi dan di masukkan ke Youtube, keesokkan harinya telah di tuntut oleh Astro ke atas copyrightnya tetapi kali ini tidak bagi filem Azura 2012. Saya pun tidak tahu mengapa.
MIG dengan tokey besarnya David Teoh got something 'Gold' here with the franchise of Adnan Sempit. First Adnan Sempit pada Jan 2010 merupakan 'sleeper hit', entah dari mana meletup tiba-tiba di pawagam ketika itu. Ahmad Idham yang bertanggungjawab atas fenomena ini. Adnan Sempit memang akan sentiasa menjadi character sejarah dalam industri filem kita setaraf dengan Mat Bond, Kassim Selamat, Labu & Labi. Kalau di Hollywood, memang filem macam ni terus je ada sequel (or Trilogy). So bagus MIG ikut cara Hollywood. Untuk filem kedua ini ianya terah diarahkan oleh pengarah berbeza iaitu Ismail Bob Hashim.
Jalan cerita movie ini senang saja (komedi, memang la senang.. target market dia untuk orang hilangkan pening, bukan kasi lagi pening). Adnan dan chikaronya Nadia dah jadi loving couple. So the next step, sure la nak kawin kan? Tapi before nak kawin bapak Nadia nak Adnan 'transform' jadi orang business man dalam masa 30 hari dan mak Nadia nak dia jadi surirumah yang baik juga dalam tempoh 30 hari. Tetapi setiap plan ada udang di sebalik batu, so sebagai sub plot, bapa Nadia telah upah Fendi untuk break up Nadia & Adnan. Selain tu, ada juga sub plot cinta & persaingan 3 segi antara member Adnan; Bobby / Wawa / Ismat.
Mula-mula mari aku cerita kehebatan filem ni. 2 perkataan "Shaheizy Sam". Memang bakat dia ni dasyat la. Cara dia berlawak pada aku memang class dan tak terikut typical comedian di Malaysia. Kadang-kadang aku rasa pelakon komedi di Malaysia terlampau nak tunjuk sangat imej lawak tu, sampai every pergerakkan dan lawak mereka dah jadi a bit (sikit la) predictable. Tapi with Sam, kita tak boleh telah apa benda lawak yang nak keluar dari dia. Dia boleh maintain muka serius dia dan tiba-tiba keluar lawak yang korang tak sangka. Sam ni macam pelakon Hollywood ala Ryan Renolds or James Franco yang boleh berlakon serius, lawak dan jadi orang jahat dalam movie.
Pelakon lain yang pada aku steal the screen every time dia keluar ialah Angah & of course old but gold Ahmad Tamimi Saregar (The last scene of the movie was so cool, only veteran macam Ahmad Tamimi je yang boleh kasi 'hidup'. Jalan cerita dia pun bagus, dia tak terlalu meleret, fast pace dan yang paling penting tak melompat-lompat (tak buat orang lost or tertanya-tanya). Chemistry between them are also superb.
Honestly, I cuma gelak sekali je sepanjang movie ni (Scene Fandi (Syuk Balas) cucuk cucuk dada Adnan). Scene filem ni memang lawak, tapi tak cukup nak gelak aku (Aku memang minat lawak lain sikit). Dalam panggung, memang tak berhenti henti orang gelak sepanjang movie! Yang penting respond penonton, dan filem ni memang betul betul dapat respond yang hebat pada penonton.
Yang tak bagus sangat movie ini ialah pertama pelakon wanita dia. Intan dan Yana macam 'mencuba terlampau bersungguh-sungguh untuk jadikan mereka lawak'. Setiap gerak macam berlebih, setiap cakap macam berlebih dan setiap lawak macam tak begitu natural. Tapi still, both are nice to look at, lebih-lebih lagi Intan Ladyana yang aku rasa memang lawa dalam movie ni. Satu lagi kelemahan ialah watak orang jahat yang lemah dan tak 'believeable' untuk lawan Sam. Come on, you expect me untuk percaya yang mamat bawah ni boleh kasi threat kat Adnan?
This movie will get a lots of money in the box office. I hope kalau diaorang nak buat Adnan Sempit 3 (which they are discussing now) they should shake up the story, give it more crazy plot i.e Adnan selamatkan Perdana Menteri ke, and give star equal bad man (Zizan, Nabil, Afdin can sure do a good job! Boleh bayar mah, 1st filem je sudah 7 juta) Go to the cinema (jangan tunggu Astro First) watch Adnan Sempit 2.
The 3rd Biography movie I watched this week. And after watching this movie, I am an official Michele Williams fan. She make me want to download and watched Marilyn Monroe movie. The make me understand and get it why Marilyn Monroe not just and actress but a sex symbol back then. Her moves, her voice, her smile and her laughter was spot on Marilyn Monroe.
The year was 1956. Colin Clark (Eddie Redmayne) was an ambitious 23-year-old determined to make a name for himself in film. As summer gets underway, Clark manages to land a position as a production assistant on the film The Prince and the Showgirl, starring Marilyn Monroe (Michelle Williams) and Sir Laurence Olivier (Kenneth Branagh). Monroe had just gotten married to playwright Arthur Miller (Dougray Scott), and the newlyweds were on their honeymoon as production got underway. But then Miller leaves, Clark seizes the opportunity to befriend Marilyn (she asked for him coz maybe she like him or the attention he gave her), and give her a taste of life in England. As Marilyn is so seductive, Clark fall for her, care about her and want to be with her. But we all that thats not going to happen.
Dalam movie ini, anda akan lihat walaupun Marilyn ni banyak hal (songeh), tapi dia treat acting as an art. Dedication dia dalam lakonan memang membuatkan kita kagum. Cara dia menghayati watak dan principal dia yang tidak mahu berpura-pura dalam lakonan akan membuatkan kita rasa tertarik dengan career Marilyn dan nak tahu lebih lanjut tentang dia (well, aku la mungkin tertarik, korang aku tak sure la..)
Colin Clark (Eddie Redmayne) dalam movie
Colin Clark yang betul masa tu
Hermione Granger pun ada?
Michele Williams memang star dalam movie ini. Memang patut dalam pencalonan dalam Oscar. Harap dia menang!!
So, tengok lah filem ni bila dia sampai ke Malaysia nanti. Tapi blu-ray copy dah ada kalau nak download. Paling senang, bawa hard disc I boleh kasi copy ;) Kat bawah ada trailer movie The Prince and the Showgirl, filem yang Marilyn pergi UK, dalam movie ni untuk shoot. Enjoy!