Saturday, 19 May 2012

Mantera (2012)


Bila biasanya habis tengok movie, member mesti tanya, "Best tak filem tu?" So, aku rasa siapa yang baca blog ni nak tahu jawapan untuk soalan yang sama je.

Dan kalau korang dah pernah tengok review Mantera di web lain, memang banyak review yang telah memberi komen yang 'sejuk' untuk filem ini. So, secara jujurnya aku kenalah review movie ni dengan ikhlas.

Kadang-kadang kita mungkin tertanya, 'susah sangat ke nak buat movie?' Kalau kita penonton boleh tengok dan tahu movie tu best ke tak, jalan cerita tu mengarut ke tak, script tu teruk ke tak, lakonan tu kaku ke tak, mestilah orang yang buat movie (or dalam industri movie) akan nampak jugak kan? Well, maybe yes or maybe no. Dulu masa kecik-kecik kita mesti buat karangan kat sekolah kan? Selalunya karangan kita tu kita rasa bagus, menarik dan baik. Tapi bila orang lain baca, barulah kita tahu karangan tu tak seberapa.. so aku rumuskan orang buat movie kat Malaysia pun mungkin macam tu la (Takkan orang buat movie sengaja nak buat cerita tak bagus kan?)


Teknologi dan idea Mantera boleh dipuji tetapi Mantera masih 'terperangkap' dengan rookie mistake pembikin filem baru iaitu scene cliche (Jumpa awek dengan tolong angkat buku jatuh, hero kena buli sebab miskin, awek cepat marah kat hero even baru first time buat salah, dating tepi pantai, flashback 'suara-suara' dalam kepala - yg ni filem hollywood dah payah gila nak jumpa buat), jalan cerita yang kurang penjelasan dan watak watak yang tak dikembangkan untuk penonton rasakan emosi (simpati, sedih, bersemangat). Tapi kita kena tabik Mantera untuk choreography CGI nya. nak buat robot CGI dah satu hal, tapi nak atur fight robot-robot tu kasi menarik- movement dia, lompatan dia dan shot-shot angle camera dia still perlukan creativity yang tinggi. Ini pada aku, Mantera dah lakukan dengan baik.


Lakonan pelakon baru Tomok & Shikin Kamal memang biasa je. tapi scrip dan mainan emosi untuk filem ni memang tak banyak dan pelakon tak boleh sangat kembangkan bakat mereka. Tetapi future untuk Tomok & Shikin Kamal memang ada and I already quite excited tengok trailer filem baru Tomok "Istanbul Aku Datang". Aku terhibur gila dengan Taj Addin.. Memang muka selamba, script gila, dan intonasi suara yang lepak.. (Tabik la Mejar!)


Tak ramai orang yang sanggup belanja berjuta ringgit di Malaysia untuk beri sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh memberi variasi dalam industry. Modal Mantera mungkin boleh buat 1 filem hantu, 1 filem gangster, 1 filem lawak dan 1 filem cinta - tetapi 4 filem tersebut dah berlambak setiap tahun di Malaysia. Untuk dapat satu filem macam Mantera memang 'once in the blue moon'. Jadi kalau anda boleh tonton 4 filem-filem genre yang saya tulis di atas, tak kan lah anda tak boleh luangkan  masa anda untuk tonton fileh yang hanya akan datang sekali sekala macam Mantera ni? Sokonglah filem Malaysia!

 
 

3 comments: