Sunday, 20 May 2012

Dark Shadows (2012)

Selepas Edward Scissorhands (1990), Ed Wood (1994), Sleepy Hollow (1999), Charlie and the Chocolate Factory (2005), Corpse Bride (2005), Sweeney Todd (2007), Alice in Wonderland (2010) Johnny Depp sekali lagi bergabung dengan Tim Burton dalam filem terbaru mereka Dark Shadows.


Cerita Tim Burton memang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi. Cerita paling best dari Burton for me was Big Fish, dan kalau cerita Burton dengan Depp I like Sleepy Hollow the best. Untuk cerita ini memang mengecewakan, sebab permulaan cerita gempak dan promising, tapi jalan cerita dia tak kuat langsung (taraf cerekarama je jalan cerita dia), tapi lakonan pelakon-pelakon filem ni telah menyelamatkan movie Dark Shadows. Scrip pun best contoh : 
 "Are you stoned?".  "They tried stoning me," "It did not work."
(Korang boleh google jalan cerita movie ni, sebab aku malas nak cut and paste)


Mr. Depp, walaupun dah berapa puluh kali dia berlakon pakai mekap dan bawa character yang pelik-pelik, still boleh mesmerized korang dengan watak Barnabas Collins yang begitu gentlemen dan bersopan santun cara percakapannya, jangankan perempuan yang dengar cair, lelaki yang dengar pun sure terpegun (memang patut la, watak vampire patut jadi mesmerizing..). Aku juga tengok cerita ni sebab minat dengan Chloe Mortez (Kick Ass, Let Me In), suka tengok muka dia yang unik. Eva Green pulak berlakon jadi witch jahat yang seksi, dia 'claim' jatuh cinta pada Barnabas, tapi Barnabas cakap dia bukan jatuh cinta, tapi dia nak Barnabas cintakan dia.. hmmm different tu.. Apa pun Eva is gorgeous (but I lagi suka bila rambut dia hitam... tengok gambar bawah.. kan? kan?)




Dark Shadows ni diambil dari cerita lama tahun 1963, tapi sebab Tim Burton power, aku harap dia boleh bagi cerita ni lagi power. Tetapi amat mengecewakan, dia hanya pertaruhkan bakat-bakat lakonan (terutama Depp) untuk filem ni. Maybe lain kali ambik la orang lain pulak (maybe Joseph Gordon Levitt). Walau macam mana pun, duit RM14 memang tetap berbaloi untuk tengok bakat Depp yang payah nak cari kat Malaysia ni..



Saturday, 19 May 2012

Mantera (2012)


Bila biasanya habis tengok movie, member mesti tanya, "Best tak filem tu?" So, aku rasa siapa yang baca blog ni nak tahu jawapan untuk soalan yang sama je.

Dan kalau korang dah pernah tengok review Mantera di web lain, memang banyak review yang telah memberi komen yang 'sejuk' untuk filem ini. So, secara jujurnya aku kenalah review movie ni dengan ikhlas.

Kadang-kadang kita mungkin tertanya, 'susah sangat ke nak buat movie?' Kalau kita penonton boleh tengok dan tahu movie tu best ke tak, jalan cerita tu mengarut ke tak, script tu teruk ke tak, lakonan tu kaku ke tak, mestilah orang yang buat movie (or dalam industri movie) akan nampak jugak kan? Well, maybe yes or maybe no. Dulu masa kecik-kecik kita mesti buat karangan kat sekolah kan? Selalunya karangan kita tu kita rasa bagus, menarik dan baik. Tapi bila orang lain baca, barulah kita tahu karangan tu tak seberapa.. so aku rumuskan orang buat movie kat Malaysia pun mungkin macam tu la (Takkan orang buat movie sengaja nak buat cerita tak bagus kan?)


Teknologi dan idea Mantera boleh dipuji tetapi Mantera masih 'terperangkap' dengan rookie mistake pembikin filem baru iaitu scene cliche (Jumpa awek dengan tolong angkat buku jatuh, hero kena buli sebab miskin, awek cepat marah kat hero even baru first time buat salah, dating tepi pantai, flashback 'suara-suara' dalam kepala - yg ni filem hollywood dah payah gila nak jumpa buat), jalan cerita yang kurang penjelasan dan watak watak yang tak dikembangkan untuk penonton rasakan emosi (simpati, sedih, bersemangat). Tapi kita kena tabik Mantera untuk choreography CGI nya. nak buat robot CGI dah satu hal, tapi nak atur fight robot-robot tu kasi menarik- movement dia, lompatan dia dan shot-shot angle camera dia still perlukan creativity yang tinggi. Ini pada aku, Mantera dah lakukan dengan baik.


Lakonan pelakon baru Tomok & Shikin Kamal memang biasa je. tapi scrip dan mainan emosi untuk filem ni memang tak banyak dan pelakon tak boleh sangat kembangkan bakat mereka. Tetapi future untuk Tomok & Shikin Kamal memang ada and I already quite excited tengok trailer filem baru Tomok "Istanbul Aku Datang". Aku terhibur gila dengan Taj Addin.. Memang muka selamba, script gila, dan intonasi suara yang lepak.. (Tabik la Mejar!)


Tak ramai orang yang sanggup belanja berjuta ringgit di Malaysia untuk beri sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh memberi variasi dalam industry. Modal Mantera mungkin boleh buat 1 filem hantu, 1 filem gangster, 1 filem lawak dan 1 filem cinta - tetapi 4 filem tersebut dah berlambak setiap tahun di Malaysia. Untuk dapat satu filem macam Mantera memang 'once in the blue moon'. Jadi kalau anda boleh tonton 4 filem-filem genre yang saya tulis di atas, tak kan lah anda tak boleh luangkan  masa anda untuk tonton fileh yang hanya akan datang sekali sekala macam Mantera ni? Sokonglah filem Malaysia!

 
 

Sunday, 13 May 2012

Mantera (2012) Coming To Cinema 17 May

Fuhhh..
Im so sorry coz, I've tinggal this blog for more than a month.. But I'm back!
For my first posting after my long absence is to promote a local movie titled Mantera.



Here are the storyline..


Sam Weston, the owner of Weston Technologies is furious over the security breach in his Research Lab. The prototype of his latest weapon system “Mantera” or MAN - Transformable Exo-Robotic Armour was sabotaged and destroyed. Invaluable research data was stolen and deleted from the company’s mainframe. His main scientist who is leading the research team, Dr. Natasya was missing. The buyer for the new technology is pressuring Sam to deliver the prototype or the deal is off. To make matter worse, the wreckage and debris from the destroyed “Mantera” was accidentally shipped to the other side of the world.... to a young man by the name of Azman, in Malaysia. Who is Azman, and what makes him the chosen one? Everything will be revealed in 'MANTERA'.
I've made a special music video for this movie:
Marilah menyokong filem Malaysia!