Hmmm... Macam mana nak start ni?
Ok.. Ada movie yang bagus, ada movie yang teruk dan ada movie yang dekat tengah-tengah bagus dan teruk. Itu lah dia kesimpulan movie Man On The Ledge atau dalam bahasa melayunya "Lelaki di atas persisiran bangunan yang mungkin boleh jatuh jika dia tidak berhati-hati". Cerita simple (tak bagus/tak teruk) lakonan simple (tak bagus/tak teruk). Cerita ini jenis kalau aku tengok kat CD boleh tertidur, tapi kalau tengok kat movie tak excited sangat. Cuba layan trailer dia, dengan heroin filem ini Elizabeth Banks memberikan ulasan yang funny.
Nick Cassidy (Sam Worthington) merupakan seorang bekas polis yang dipenjarakan kerana dituduh mencuri berlian kepunyaan seorang ahli perniagaan jutawan David Englander (Ed Harris). Suatu hari dia diberi pelepasan untuk menghadiri upacara kematian ayah dia dan di masa itulah Cassidy melarikan diri dengan kereta adiknya Joey (Jamie Bell) dengan jayanya walaupun kereta itu di langgar secara ganasnya oleh keretapi (hero mana boleh mati woo..)
Sam Worthington menunjukan taraf superstar nya dengan selamba memakai jeans & sweatshirt sedangkan orang lain memakai pakaian formal
Selepas berberapa hari Nick Cassidy telah ke Roosevelt Hotel, menginap di bilik tingkat atas, makan lobster untuk breakfast dan kemudian keluar tingkap dan bersedia untuk terjun. Setelah menarik perhatian orang awam, polis, wartawan dan pelancong di bandar New York, Nick Cassidy tidak juga terjun tetapi meminta polis untuk membawa pakar negotiation Lydia Mercer (Elizabeth Banks) yang watu itu sedang bercuti kerana dimasa tugas terakhir beliau, dia tidak berjaya menyelamatkan seorang anggota polis yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan Brooklyn.
Lydia Mercer berusaha untuk memujuk Nick Cassidy
Sepanjang movie ini berjalan, aku sentiasa ahead of it. Setiap scene dah boleh jangka apa seterusnya, siapa orang itu ini dan apa yang movie ini cuba twist kan. So, the feeling while watching was not that awesome, this type of movie should play the 'cat & mouse' game but it failed to do that (dia sepatutnya tak bagi chance kita bernafas, dah masuk suspense scene baru.. tapi dia tak buat macam tu)
Ok.. Ko nak terjun or nak bergayut ni? Pilih la..!
Korang boleh pilih la nak tengok atau tak. Aku macam bias sikit la sebab aku suka Sam Worthington, Jamie Bell & Elizabeth Banks, so banyak benda yang aku maafkan untuk movie ni. Still, pilihan terbaik ialah free download dan tengok. Kalau pilihan anda untuk keluar RM 5 to RM10 beli DVD, baik tengok movie terus, sebab at least boleh tengok Elizabeth Banks dekat screen besar.
Thanks for the recap. My choice? Not to go to the movie. Big possibility just stick to my trusty dvd player at home n wait for the clear version of dvd. Ciao
ReplyDelete50-50 beb.. tak pegi pun tak rugi.. maybe boleh pegi bawak anak u tengok beauty & the beast 3d
Delete