Saturday, 4 February 2012

The Artist (2011)

I just love saying the hero name Jean Durjardin, better if you hear how Jessica Biel pronounced it during Golden Globe Award.

Coz banyak sangat cerita tentang hebatnya filem ini, tak sanggup tunggu masuk wayang Malaysia (lambat sangat) so I downloaded it and watched tengah malam to get the feel of this "silent movie"

First of all, you have to respect the bravery of the director Michel Hazanavicius yang sanggup buat something different. Membesar dengan filem-filem modern (suara) benda pertama dalam kepala adalah tertanya adakah filem ni boleh beri sentuhan emosi yang sama dengan filem filem biasa. Tetapi bila di tonton memang filem The Artist bukan sahaja boleh beri sentuhan emosi ( tengok boleh gelak, sedih, terharu, rasa 'in love') tetapi lepas habis tengok, rasa respect gila sebab kita akan realize yang silent movie boleh buat kita rasa semua tu (well at least for me). Pelakon filem ni memang semua best, termasuk anjing dia (well in some scene, anjing dia lagi power berlakon dari pelakon)


Jalan cerita dia simple, sebab rasanya silent movie kalau nak buat jalan cerita power macam Inception, memang lagi gila orang tak faham la. Tetapi jalan cerita dia menarik enough untuk buat anda tak boring dan ada juga sedikit unsur twist di sepanjang movie. Modal untuk filem ini memang rendah dalam USD 17 juta but dah menang beberapa award si Golden Globe dan SAG. (nak tahu detail movie pegi http://en.wikipedia.org/wiki/The_Artist_%28film%29).

 (Even anjing tu -Uggie, memang Palm Award dekat Festival Film Cannes! Tengok lakonan dia kat link bawah)



Secara ringkas, ia berkenaan seorang actor George Valentin yang meniti zaman naik. Tetapi zaman berubah, dan Valentin tidak mahu tunduk pada perubahan. Bila semua dikeliling kita berubah dan kita kekal sama, memanglah kita akan ketinggalan. Untuk menambahkan lagi drama pada cerita ini, Valentin dirundung berbagai nasib malang yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya. Tetapi macam orang cakap, masa di atas jangan lupa diri sebab mungkin nanti bila kat bawah harapnya ada orang tolong kita. Adakah Valentin akan terus menuju kehancuran atau adakah orang yang menolong Valentin?

 

Bila movie ni masuk panggung, jangan lupa tengok ok? Memang tak rugi la duit korang, plus dalam seumur hidup kalau korang umur macam aku memang tak pernah kot tengok silent movie kat panggung.. So new experience! (Tapi tak tahu la masuk ke tak, sebab dah check list movie tahun ni macam tak ada je.. what a pity)

1 comment: