Untuk sekian kalinya saya dibenarkan oleh En Syaful untuk memberi review di dalam blog beliau. Oleh kerana saya baru saja menonton filem Azura 2012, jadi biar saya mulakannya sekarang. Sebenarnya filem ini merupakan filem yang saya ingin menontonnya di dalam panggung wayang tetapi disebabkan kekangan masa maka hajat tidak kesampaian. Jadi saya pikir tunggu saja di Astro First. Namun apabila iklan disiarkan, jari tangan masih malas menekan punat remote control untuk melanggannya. Tiba2 pada Selasa lepas setelah melihat seseoarang kenalan telah share link to youtube Azura 2012 Full Movie maka hati berkata lebih baik memilih untuk menonton di Youtube sahaja.
Oleh yang demikian, malam tadi selepas menonton rancangan American Idol saya mula menonton filem Azura 2012. Pada permulaanya filem ini, semasa memperkenalkan nama-nama pelakon filem tersebut, Neelofa menjadi model untuk berjalan-jalan memperkenalkannya ataupun sebagai intro filem tersebut. Bagi saya, Neelofa tidak begitu selesa semasa memperkenalkannya kerana beliau memakai skirt pendek di mana perlu bergerak ke sana dan ke sini, duduk dan berdiri betul2 di depan kamera. Nampak begitu kekok dan tidak selesa. Tak tahu la kalau Neelofa selesa berpakaian begitu. Bagi saya, hilang seri dan seni untuk permulaan filem tersebut.
Untuk filem ini saya bagi 2 bintang sahaja daripada 5 bintang. Saya cuba untuk tidak membandingkan filem Azura dulu dan Azura 2012 namun disebabkan lagu yang dimainkan sama, tidak boleh tidak membandingkannya. Bagi saya filem Azura lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah lebih bagus dan cemerlang lakonannya.
Pertama sekali, bagi saya filem ini arrangementnya di buat begitu gopoh dan sangat cepat sekali untuk satu scene berubah ke satu scene yang lain. Permulaannya saja terus di lokasi permainan Paint ball di mana Azura bergaduh dengan geng Zack disebabkan bullet telah habis kerna diberikan kepada group satu lagi. Bagi saya, kalau Zack sangat-sangat mengangkat tarafnya mengatakannya beliau adalah anak Tan Sri Puteh, biarlah permainan itu adalah permainan polo ataupun golf. Setakat bergaduh oleh kerana permainan Paint Ball adalah amat tidak berbaloi.
Bagi saya filem ini sangat save sekali di sebabkan Zack bangun tidur ada dua kali. I mean, just to show anak Tan Sri mewah dan malas so di tunjukkan scene bangun tidur dua kali! Begitu juga scene Azura bersama lecturer semasa membincangkan perihal Azura pun di adakan dua kali di tempat yang sama! Kemudian, scene dalam bilik kuliah di mana Zack terus dapat masuk and stop sekejap Jaafar Onn yang tengah mengajar hanya untuk memberi bunga. Please la. Old fashion! Zaman sekarang orang buat video dan hantar je. Bunga2 ni lepas kelas pun boleh bagi. Dan kemudian, Azura juga dikatakan tidak mempunya telefon. OMG jangan la terlalu menipu penonton. Budak darjah tiga pun mempunyai handphone. Lalu setelah berkenalan dengan Zack, Azura di beri sebuah handphone dan Zack menelefon beliau semasa sedang mentelaah di dalam library. For me, this scene OK Cuma yang takde handphone tu tak boleh diterima pada zaman sekarang.
Zack dan Azura mengambil kata sepakat untuk memberi masa seminggu untuk Azura membantu Zack dalam merubah hidup Zack menjadi diri Zack sebagai orang biasa. Tetapi dalam filem ini apabila Azura menggunakan basikal sebagai kenderaan. I mean OMG please la……basikal memang sangat meluas kegunaan sekarang tetapi sebagai riadah bukan untuk ke kolej dan balik ke rumah. Itu pula bagi seorang perempuan bagi saya skuter adalah lebih sesuai. Dan mulalah episode di mana Azura mengajar Zack untuk menjadi manusia yang tidak dibayangi kemewahan. Scene ini dimulakan oleh Zack yang turut menyertai MLM anjuran syarikat di mana upline nya adalah Mak Usu Azura sendiri. Di sinilah elemen-elemen cinta dan bibit-bibit cinta tersebut terbit tetapi sangat gelojoh dan kalut. Bagi saya cinta itu mesti diterjemahkan secara perlahan-lahan, lebih emosi, pujuk rayu dan terdapat perasaan serba salah yang mengikat diri untuk membuat keputusan.
Bagi saya lakonan Erma Fatima amat cemerlang sekali. Sangat bersahaja. Kemudian scene diteruskan oleh Zack yang mana Azura mengajarnya untuk meolong seorang pakcik menyapu sampah setelah pasar malam tamat. Tidak perlulah jika ingin mengajar seseorang yang kaya demi untuk menjadikannya seorang INSAN maka babak memnyapu sampah di adakan. Lebih baik babak tersebut di tukar kepada mereka dating berdua dengan menaiki public transport atau join gotong royong bersama anak yatim.
Kemudian babak seterusnya di teruskan di rumah Zack di mana seorang Mat Salleh dating dan tinggal bersama-sama kakak tirinya. Sepanjang filem ini Mat Salleh ini tidak melontarkan sebarang dialog dan hanya menjdai bahan pelaris. Terdapat empat scene mat Salleh ini. Dan scene yang terakhir beliau menyenduk makanan ke dalam pinggan Zack dan Azura yang dating makan malam di rumah kakak tirinya setelah bekerja.For me, sungguh tak percaya hasil Aziz M Osman macam ini sekali. Sangat mengecewakan apabila cinta antara Azura dan Zack tidak di cambahkan secara kreatif. Tengok saja drama-drama cinta Korea di mana Cinta itu di cambahkan dan di nilai begitu berhati2 sekali dan sangat hebat.
Untuk babak seterusnya adalah, di mana hari-hari terakhir di minggu tersebut dating geng samseng memecahkan cermin kereta mewah Zack. Aiyoooooo please la. Elemen mewah hanya di tunjjukkan terhadap kereta mewah yang beliau ada. Dan untuk save dan ganas hanya cermin depan kereta. Hmmmm cheap sangat. Babak seterusnya adalah hari terakhir minggu tersebut di mana Zack terus datang kepada Azura untuk meluahkan perasaan dan apabila Azura menolak Zack terus berlari dan Azura mengejarnya semula lantas Zack terus melamar Azura. Tolonglah, hanya untuk menunjukkan adengan romantic Zack terus melamar Azura dengan naynyian dan disaksikan oleh rakan-rakan yang lain yang tetiba muncul? Kemudian Azura berpaling kepada rakan2 lain untuk kononnya memohon sokongan ataupun approval.
Babak lawak seterusnya di mana Azura di halau oleh Mak Usunya kerana masih berjumpa dengan Zack. Hanya kerana satu minggu dan satu saja kesalahan, Azura terus di halau. Hmmm sangat cepat dan melompat. Dan Azura keluar hanya membawa sebuah beg dan sebuah kotak untuk mengatakkan beliau membawa diari yang ditinggalkan oleh maknya. OMG! Kemudian Azura terus ke rumah kakak Zack mencari Zack namun diberi minum serbuk pelali bagi menganiaya Azura. Klise nya. Sangat zaman dulu2. Bagi orang minum yang mengandungi pelali dan suruh Mat Salleh merogol Azura dan merakamkannya. Walaupun Azura Berjaya melepaskan diri namun ntah tiba2 terus berada di hospital. I mean, jikalau tiada orang sekalipun untuk dihubungi sudah tentu kita akan menghubungi kawan2 di kolej setelah dihalau keluar. Sadis betul. Sangat mengecewakan
Saya juga berpendapat tidak perlu di bawa kembali Ogy dan Faizal Hussein ke filem ini. Biarlah apabila Azura menceritakan tentang bagaimana ibubapanya bertemu, biarlah lakonan itu di bawa oleh orang yang lebih muda seperti Sherry Merlis ataupun Eja. Sangat lawak sekali, babak di mana Zack membawa Azura ke Paris dan seterusnya ke London untuk berkahwin yang pada mulanya hanya untuk melanjutkan pelajaran. Maka berkahwinla Zack dan Azura di London atas bantuan kawan kepada neneknya walaupun di haling oleh Tan Sri Puteh. Bagi saya sangat klise bagi filem Melayu hanya untuk menunjukkan elemen romantis maka ianya perlu di lakonkan di Paris.Hmmm sungguh tidak paham. Namun ianya mengingatkan saya kepada sebuah drama lakonan Ahmad Idham dan haliza Misbun 6 atau 7 tahun lalu yang sangat cemerlang dan bekesan.
Kemudian selepas berkahwin dan setelah Tan Sri Puteh menyekat semua kewangan Zack dan Zack perlu bekerja untuk menyara keperluan beliau dan isterinya. Sekali lagi sangat lawak apabila Zack pergi interview tetapi isu menyapu sampah di nyatakan. Apa hina sangat kah pengalaman sebagai tukang sapu sampah? Begitu juga apabila Zack dan Azura terus menetap di rumah teres walaupun baru berkahwin Zack perlu mengawal kewangan mereka kerana Azura masih belajar. Zack kemudian diterima bekerja sebagai krew di Stesen Servis Esso. Di sini sekali lagi Zack yang pada mulanya menunjukkan seperti orang mempunya keyakinan tinggi namun hilang keyakinan sebgai seaorang krew apabila ternampak kawan2nya datang menegurnya. Di sini juga elemen lawak pelanggan memberi kad kredit dan menyuruh Zack mengisi penuh. Lalu ditinggalkan kunci di kereta dan Zack berjaya mengzasskan kereta beliau untuk lari daripada kawan2nya. Apa hina sangatkah kerja sebagai seoarang krew? Zaman sekarang mana ada orang tinggalkan kad kredit dan kunci di kereta dan memberi kepercayaan kepada krew untuk membuat segalanya.
Scene yang lawak seterusnya apabila prop yang di guna di rumah Zack adalah sebuah sofa dan meja makan. Di mana ada dua scene Zack hanya balik dan melepak di sofa. Cheap! Cheap! Kemudian sungguh klise di mana Azura menunggu Zack untuk pulang makan dan terus bangun daripada sofa apabila Zack masuk ke dalam rumah. Seterusnya terkeluarlah dialog duit ini hanya cukup untuk membeli seluar dalam aku. Ohhh please la dah pilih nak duduk rumah teres tetapi masih complaint duit gaji tersebut hanya cukup membeli seluar dalam. Sigh.
Kemudian scene Azura graduate dan tiada siapa daripada kenalan atau family datang untuk meraikannya. Oh please mak Usu yang memeliharanya sedari kecil pun tidak datang. Hanya Tan Sri Puteh. Tiba2 ja. Babak seterusnya Azura di paksa meninggalkan Zack maka Azura dengan tidak semena2 pergi semula ke Paris untuk bekerja walaupun ada sebuah syarikat dari Singapura menawarkan pekerjaan. Oh tidakkkk againnnnn terus membawa diri ke Paris! Satu lagi babak Zack yang mula bekerja di pejabat kakaknya tetapi Zack hanya tahu bermain Solitaire. Game ni zaman 15 tahun lalu! Please la. Then sangat menunjukkan Zack tidak sangat cerdik tetapi boleh lagi mempromosikan Zack akan ke Oxford!
Babak terakhir di mana Zack pergi semula mencari Azura di Paris. Lebih baik babak itu di buat di Langkawi sahaja kerna setakat belakon tetapi tiada kilmaks.
Di sini saya juga ingin memberi komen mengenai wardrobe yang di pakai oleh Zack amat tidak sesuai sekali sebagai anak orang kaya ternama. Labih baik di pakaikan Tshirt CK atau AX untuk lakonan ini. Begitu juga dengan Azura yang mulanya di Malaysia Nampak gadis sederhana tetapi di Paris melaram bagaikan Fashion Show. Begitu juga kemeja Tan Sri Puteh semasa babak makan di rumah. Hanya ingin menunjukkan itu Tan Sri so pakaila rantai. Saya rasa Syamsul Yusof sangat pandai bergaya jika Aziz M Osman hendak mencari idea wardrobe bagi Zack. Begitu juga, lakonan Neelofa dan Shahjazle masih jauh lagi. Perlu lagi bimbingan dan latihan. Masih belum matang. Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah membawa filem Azura yang dulu dengan cemerlang sekali. Watak Azura yang baru lebih baik diberikan kepada Fasha Sandha, Nora Danish ataupun Lisa Surihani.
Sekian saja. Sangat tidak berbaloi jika di beli di Astro First. Semasa tanyangan Ombak Rindu di curi dan di masukkan ke Youtube, keesokkan harinya telah di tuntut oleh Astro ke atas copyrightnya tetapi kali ini tidak bagi filem Azura 2012. Saya pun tidak tahu mengapa.
No comments:
Post a Comment