Friday, 9 March 2012

Bunohan (2012)



This is a really good Malaysian movie. Really really good. Cinematic ally beautiful. Memang lah movie ni tak sempurna, tapi ceritanya bagus, pelakonnya mantap dan scenenya sangat cantik. Aku akan review movie ni dengan menampal (cut & paste) official sinopsis dia berselang selikan pandangan aku.






Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘(nama glamor untuk lawan tomoi) atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa (winners take all, kalau kalah kena mati).


Sahabat Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur.


Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Bakar mahukan tanah pusaka di tepi pantai dan berusaha memujuk ayahnya untuk memberi dia tanah itu. Walaupun anak-anak yang lain tidak mahukan tanah itu, ayah Bakar berat untuk melepaskannya kerana tanah itu mempunyai sejarah silam keluarga mereka. Apakah rahsia yang bakal di ungkai oleh 3 beradik ini dalam Bunohan?


Pemilihan pelakon dalam filem ini memang superb. 3 pelakon utama diberikan screen time yang cukup setara dan mereka semua mempamirkan lakonan yang mantap. Susah untuk kita memilih antara Faizal, Pekin dan Zahiril kerana semuanya hebat. Tetapi untuk barisan pelakon pembantu persembahan mereka pun sama hebatnya dengan pelakon utama (cuma mereka kuran sceen time la..). Bront, Wan Hanafi, Sofi, NamRon dan my favorite Hushairy Hussin (kasi la dia jadi pelakon pembantu terbaik anugerah seri angkasa, layak gila) memang menghidupkan cerita ini. 


Pengarah Dain memang kreatif. Cara pembukaan filem ini dimana dia memperkenalkan pelakon memang sangat unik. Shot-shot permandangan yang diambil sangat cantik. Nama-nama watak sungguh menarik (gelaran Bunga Lalang, Jolok dan Awang Sonar memang terbaik la..). Zahiril punya dedication untuk menampakkan dia sebagai seorang 'perwira' tomoi memang aku tabik. Dari bentuk badan hingga renungan mata dia yang memang 'hungry' nak pukul orang, dia telah memberi lakonan yang baik. Memang korang akan percaya yang dia ni jaguh tomoi! 
 Paling aku suka ialah di mana watak Faizal Hussein seorang pembunuh brutal (ye lah.. guna badik tu.. ngeri nak mampus) di olah baik sekali.. Persamaan jiwa dengan adiknya (seorang ganas membunuh, seorang ganas memukul) dan sejarah hidup yang sama (dua dua rebel, keluar dari rumah bila meningkat dewasa) amat menarik untuk di tonton. 


Paling menarik ialah bila watak Faizal yang membunuh banyak orang, melakukan perkara mulia dengan mengembalikan dan menyempurnakan kembali kubur-kubur orang kampung dan rela mengorbankan nyawa sendiri untuk adiknya (seolah olah jalan mencari taubat terakhir atas dosa-dosa nya yang lalu). Dan ironi dia mati di dalam air seolah menggambarkan kesucian pengorbanan dan jasa jasa terakhir watak ini.



Kelemahan utama filem ini ialah campuran kisah donggeng lama yang mungkin boleh mengelirukan penonton. Saya tahu istilah "main puteri" ada digunakan dalam filem ini. Main puteri adalah lebih kurang upacara menurun la. Dan terdapat juga reference pada buaya yang aku anggap macam orang-orang zaman dulu yang memang ada puja semangat buaya untuk protect mereka. So, watak wanita (Tg Azura gambar kat atas tu) dalam movie ni kiranya macam buaya jadian la.. Lebih-lebih lagi di setting Bunohan yang dikelilingi sungai. Ada berberapa cerita yang tidak kemas dan kurang believability; contoh kawan Bunga Lalang yang bersungguh menyelamatkan nyawa dia di mula cerita, dengan mudah menjadi lawan dia di akhir cerita. Mungkin jika di tunjukkan Bunga Lalang bergaduh tahap maut dengan kawan dia kerana tak setuju kawan dia selamatkan dia, adalah sikit believability untuk scene akhir tu..


Apapun cerita ini banyak bagusnya dari kelemahan. Memang kelas yang tersendiri untuk filem melayu. Hopefully boleh hantar untuk calon Oscar (Foreign Film). Tak sure how it will fare at the box office, maybe not too good la. Hopefully, Im wrong on this.. hopefully at least they will get back modal buat movie yang bagus gila ni (around 2 mill). So tunggu apa lagi??? Please watch this movie!! Please!

No comments:

Post a Comment