Saturday, 3 March 2012

Cinta Kura-Kura (2012)


The only reason aku tengok cerita ini adalah sebab ianya di produce oleh KRU. Philosophy aku tentang karya tempatan senang je, if I respect your work, you will get my money. Filem ini pada aku terlalu rely sangat kepada teknik CGI untuk menjadi daya penarik. Which is ok, dan memang kena CGI Kura-kura combine suara Zizan combine effect dia (untuk filem Malaysia la). Tetapi sayangnya semua yang lain; watak, penceritaan, script hanya ada satu kesimpulan = soulless / tiada jiwa / feel.




Tiz Zaqyah , Aeril Zafrel (nama sebenar Suhairil Suhari.. ambik kau jauh gila lari) dan Zizan Razak (suara Nico) adalah teraju utama filem ini yang mengisahkan tentang awek bernama Nani yang berusia 21 tahun bersama binatang peliharaannya, Nico. Aku tak tahu Nani ni kerja ke tak, tapi dia seorang graphic designer. Dalam movie ni dia asyik buat kerja amal dengan tolong design flayers untuk orang (pelik gile..). Nico (konon-kononnya) adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap (but actually bukan kelebihan luar biasa, dalam filem ni dia cakap semua kura-kura memang boleh bercakap, tapi tak show off je..). Jiran Nani, Adam telah jatuh hati pandang pertama dengan Nani. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Plot sampingan pulak adalah usha tokey kedai Binatang R' Us, Fizz Fairuz untuk jual Nico pada tokey makanan exotic pada harga RM 20,000 (Ni la yang aku menyapah sikit filem melayu ni, main letak je harga.. aku tengok kat http://www.turtleforum.com/forum/upload/index.php?showtopic=132610 kura-kura tak lah mahal mana.. buat la research sikit.. jangan la taruk je.. bukan susah pun 'google' je)


Kita cerita benda baik dulu la.. Filem KRU aku respect sebab basic dia bagus. Iaitu quality gambar & quality sound memang aku puas hati. Satu lagi, pemilihan lagu dan effect bunyi memang terbaik (tabik Edry kot untuk skill ni). Untuk rom-com, lagu pada aku memang penting. Pemilihan Zizan sebagai suara kura-kura memang bagus, kalau berani boleh buat mini siri untuk budak-budak jual kat TV.

 
Itu je yang OK nya.
Now untuk yang tak OK.. Sigh, aku minat gila KRU ni, tapi kena jujur gak la nak tulis. Filem ni memang lemah gila dari segi cerita & scrip. Lakonan pun lemah so jadi filem ni macam tak ada nyawa. Aku pun rasa macam kura-kura nak tunggu dia habis. Tiz Zaqyah memang cantik, tapi lakonan dia tak ada apa (macam budak perempuan sekolah menengah bercinta). Ada satu scene dia tanya status perhubungan dengan Aeril, bila tak dapat jawapan yang dia nak scene tu tak buat aku rasa simpati pun kat dia.


Si Aeril Zafrel memanglah lagi teruk lakonannya (tapi still watchable la.. I've seen pelakon lagi teruk), tapi memandangkan dia baru so "aku... maafkan, kamu...". Cuma sometimes kalau seseorang tu ada star quality, memang dia boleh light up the screen. But still banyak lagi masa Aeril Zafrel don't worry la (Zoey Deschanel masa first dalam filem The Happening pun hancur, tapi la ni aku cant get enough of her acting pulak). Pelakon pembantu lain semuanya best, kecuali Bob & Daus (again, boleh maafkan sebab dia orang baru berlakon). Harun Salim Bachik memang terbaik la.


Sayang sungguh untuk watak 2 kura-kura tambahan. Watak kura-kura "Atok" suara Shy8 memang tampa segan silu pakai gaya Usop Wilcha trademark Hantu Kak Limah. Mana lah originality nya kat sini? Dah banyak kali dah aku dengan suara Usop Wilcha tu, kat Hot FM pagi pagi pun ada, buat la suara lain pulak.. udah-udah le.. Suara seekor lagi kura-kura ialah suara Fara Fauzana. Lagi la aku tak faham. Dia pakai slang Kelantan. Dah la pada aku tak natural, lawak tu jauh la sekali. Apasal tak ambik orang kelantan betul? Basic untuk animation, suara dibelakang tabir biasanya orang ambik actor/actress yang boleh tambah scrip sendiri (Aku rasa Zizan tu sure tambah sendiri nak kasi hidup), so patut ambik the likes of Sarimah Ibrahim maybe.


Tersiksa jugak batin tengok cerita ni. Harapnya pulanglah modal buat movie ni KRU ye.. Tapi korang semua jangan ambik bulat-bulat la apa aku cakap.. Pergi tengok sendiri dan judge sendiri la.. Tapi pada aku, dokumentari Yusri & Lisa Surihani lagi menarik untuk ditonton compare to this movie.

No comments:

Post a Comment